F I C T I O N

R E V I E W

T U T O

S Z E N I T H
FOLLOW


"So what if this worldly dunya full of obstacles . It's not even Jannah .”
- N

"Everyone grows as long as they live with time . But only some of them learn from it ."
- Hlovate
"Hidup ni kena pakai neraca Tuhan, hukum Tuhan . Bukan neraca dan hukum manusia ."
- Hlovate
Welcome!

Fadhlin. 18.
Growing and changing are parts of life .
*will update once a week*

written: Saturday 31 January 2015 @ 05:57 ✿
0 comment[s]


Assalamualaikum (peace be upon to you)

So I'm gonna share with you a book I've read and summarised . Spoiler alert .


Buku : Syahadatul Haq
Penulis : Abu 'Ala Al-Maududi
Bilangan muka surat : 29 (bergantung kepada translator)
Harga : Percuma kerana awak boleh muat turun online, just search for Syahadatul Haq pdf 




Basically, Syahadatul Haq is about syahadah itself .

Dakwah itu satu amanah saat manusia itu mengucapkan syahadah
Apabila kita mengucapkan syahadah, kita seharusnya :
-merasai tanggungjawab
-memikirkan apa yang perlu dilakukan

Apa yang perlu dilakukan ?

hak Syahadah perlu dilaksanakan iaitu:

-memiliki akhlak terpuji
Sebenarnya dakwah ni tak semestinya kita kena pakai kopiah/jubah lepas tu ketuk pintu setiap rumah nak sampaikan ceramah atau jadi ustaz/ustazah kasi ceramah dekat surau atau sertai mana-mana badan dakwah di komuniti masing-masing . Tak lah awak . Dakwah tu mudah sebenarnya . Kalau kita tunjukkan akhlak yang terpuji, akhlak syurga in syaa Allah orang akan tertarik untuk mengikuti perkara baik yang kita lakukan . Bukti ? Ingat tak lagi kisah kekasih kita, Nabi Muhammad S.A.W dengan seorang perempuan tua yang seringkali membuang sampah ke halaman rumah Rasulullah ? Hampir setiap hari perempuan tua tersebut akan membuang sampah ke rumah Rasulullah kerana rasa bencinya kepada baginda . Pada suatu hari, Rasulullah berasa hairan mengapa tiada sampah bertaburan di halaman rumah baginda . Akhirnya Rasulullah melawat perempuan tersebut . Apabila Rasulullah mendapat tahu bahawa perempuan tersebut sakit, baginda menjaganya dengan amat baik tanpa menghiraukan apa yang telah perempuan tua itu lakukan . Akhirnya, kerana indahnya akhlak bagnda, perempuan tersebut memeluk agama langit . Indah bukan ?

-menyampaikan amalan soleh
Ehem . Definisi amalan soleh bagi saya mudah, apa-apa perkara sahaja perkara baik yang dilakukan ikhlas kerana Allah . Noktah . Contoh dia, sebelum makan baca bismillah, bersangka baik dengan orang, bercakap menggunakan bahasa yang baik dan sebagainya . Eheh . Caramenyampaikan ? Ikut kreativiti masing-masing . Video, lisan, poster (ikut kesesuaian) . Kalau tak mampu, tunjuk contoh tauladan yang baik pon ok dah :)

-menerajui pemerintahan yang adil
Erm . Kalau kecilkan skop, mungkin 'memerintah' sebuah komuniti kecil atau eheh paling dekat dengan kita, anggota tubuh badan kita sendiri . Kita perlu 'memerintah' mereka dengan adil bukan ? Menggunakan meraka sebaik mungkin ke jalan yang diredhaiNya kerana di akhirat kelak mereka akan menjadi saksi bagi kita . Erm . Sebenarnya dalam Syahadatul Haq, Al-Maududi merujuk kepada erm pemerintah sesebuah negara Islam .

Okay . Sebenarnya ada 3 point dalam buku ini yang Al-Maududi ingin sampaikan kepada kita, the youngsters .

1. What is Syahadatul Haq ?

2. What happened when we dont do our part of Syahadatul Haq .

3. The purpose of a Jama'ah (group)

Simple .  But deep . It is about amanah Allah gave to us, the youngsters but there is only small numbers who realise this fact . I think the youngsters should read it .

Syahadah is not just a word . It is an amanah that we need to spread to the world . 

Coretan ini merupakan sebahagian daripada pendapat dan kefahaman saya daripada buku ini . Jika saya ada melakukan kesilapan, tegurlah saya . Saya hanyalah hanya hambaNya yang seringkali khilaf dalam berfikir dan memahami sesuatu .

Happy reading !


May Allah bless .


Labels:

Post a Comment