F I C T I O N

R E V I E W

T U T O

S Z E N I T H
FOLLOW


"So what if this worldly dunya full of obstacles . It's not even Jannah .”
- N

"Everyone grows as long as they live with time . But only some of them learn from it ."
- Hlovate
"Hidup ni kena pakai neraca Tuhan, hukum Tuhan . Bukan neraca dan hukum manusia ."
- Hlovate
Welcome!

Fadhlin. 18.
Growing and changing are parts of life .
*will update once a week*

written: Monday 26 January 2015 @ 09:10 ✿
4 comment[s]






Sejuk mencengkam dirinya yang kebasahan . Baju pagoda bercorak abstrak karyanya sudah hilang rupa . Diraup kasar rambutnya yang terjuntai menghalang pandangannya ke belakang . Argh .Tercungap-cungap dia bernafas . Namun kaki tidak boleh berhenti berlari . Ya . Lari . Dia tiada masa . Tiada masa walau sesaat untuk menyeka air yang mengalir laju membasahi wajah dan perlahan-lahan mengaburi pandangannya .

Petir dan kilat bagaikan bertengkar di kaki langit . Hujan bagaikan berlumba-lumba membersihkan kekotoran di muka bumi . Tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti . Gelap langit malam itu . Hitam . Pekat .

Hatinya menjerit menyumpah kebodohan diri yang membawa anak patung tersebut malam itu . Kenapa malam ni ? Sekilas dia menoleh ke belakang . Dia hanya nampak kereta-kereta buruk yang diparkir di lorong gelap ini . Lorong yang dindingnya dipenuhi grafiti remaja yang berkarya sesedap rasa . Lorong yang malam biasanya meriah dengan anak-anak hisap gam dan ganja melampiaskan nafsu . Lorong yang malam biasanya menjadi saksi warna sebenar syaitan yang bertopengkan manusia .

Tapi malam ini berbeza . Malam ini sunyi . Hanya ada dia . Berlari . Dan terus berlari meredah kepekatan malam diiringi air hujan yang semakin lebat .

* * * * *

Diludah sedikit darah yang terasa di mulut . Mata merenung tajam muka penjenayah yang suka hati tumbuk muka aku . Heh . Muka aku ni ada rupa macam punching bag ke suka hati kau je nak main nak tumbuk . Dah lah salam apa tak bagi .

Cad disebelah dah tarik lengan baju . Aku tau dia dah lama meluat tengok mamat ni kes dia usung Lisa, adik perempuan Cad merata tempoh hari . Tu pon nasib baik geng Acap lapor . Hari ni dia bawak geng la pulak alahai nak tunjuk brotherhood dekat bakal abang ipar ke dik .

"Weyh Mir, kau tak rasa ke mamat tak guna ni patut kita bagi pengajaran sikit ."

Aku hanya sengih mengejek . Tali leher seragam sekolah aku tanggalkan daripada leher . Macam biasa aku bukan jenis manusia yang suka pakai mulut nak selesaikan benda remeh macam ni . Dan aku tahu Cad faham bila dia dah berlari serang mamat tu pakai bat kegemaran dia .


* * * * *

Petang itu dia balik daripada tadika seperti biasa . Wajahnya ceria kerana hari tersebut merupakan hari lahirnya yang keenam . Dia berlari-lari anak, tidak sabar untuk bertemu ibunya .

Orang-orang disekeliling memandangnya dengan pandangan sayu . Ada juga dengan pandangan mengejek . Dia biarkan sahaja tohmahan orang ramai terhadap ibunya . Mereka kata ibu perempuan jahat . Mereka kata ibu kotor . Pada pandanganya ibu baik . Ibu yang menjaga makan minumnya . Ibu yang menghantarnya ke tadika . Ibu tidak meninggalkannya sekurang-kurangnya . Ayah ? Dia tiada ayah . Pernah ditanya pada ibu tetapi ibu hanya diam . Jadi dia berhenti bertanya .

Sebaik sahaja pintu rumah terbuka, dia lihat keadaan rumah kecil itu agak berlainan daripada biasa . Bersepah . Ibunya seorang yang pembersih bagaimana boleh jadi begini getus hati kecilnya .

"Mama?"

Dia tersenyum melihat ibunya yang tidur lena diatas katil . Segera dia memeluk tubuh kaku itu . Tertawa girang dia bercerita perihal rakan-rakan yang menyanyikan lagu ulangtahun kelahiran untuknya di tadika . Perihal gurunya yang baik hati membelikannya kek hari lahir . Ibunya masih tidak bergerak memberikan respons . Dia hanya merenung pil-pil putih bertaburan di atas lantai bilik itu .

Namun air matanya akhirnya tumpah . Senyumannya pudar . Walaupun dia masih kecil dia tidak terlalu bodoh untuk menerima hakikat bahawa ibunya sudah tiada . Ibunya kini meninggalkan dia .

Dia keseorangan .


* * * *

"Kau pernah rasa nak berhenti tak Cad?"

"Tak lagi kot . Income besar kot buat kerja macam ni . Lagipon boleh usha awek chinesse sekali . Aku tengok Cindy macam berminat dengan kau ."

Cad tersengih dengan mengangkat kening doublejerk .

"Ahah . Serious ah ."

"Entah . Kadang ada jugak aku fikir . Tapi biar lah . Hidup lama-lama pon buat ape . Hidup macam ni lah best . Thrill . Setiap hari ada kemungkinan nak mati ."

Berderau darah apabila Cad sebut pasal tu . Hanya mampu menggeleng merenung Cad yang tengah bersihkan darah di sikunya akibat 'perlawanan abang-adik ipar' tadi . Aku yakin mamat tu dah tak berani nak usik adik budak ni kalau dia rasa dia nak hidup lama lagi . Seusai mengikat rambutnya yang dah macam leonardo de caprio dengan getah sayur, dia menarik gitar kapok Cad .

Betul lah tu . Kalau ikutkan sekarang pon diorang boleh mati . Ahah . Mati je kan . Biasa lah tu .Mati itu pasti lagipon, kau bukan boleh lari . Cuma entah kenapa dia rasa hati dia tak sedap .

"So malam ni on?"

Cad hanya mengangguk .


* * * * *

Kaki aku menggeletar . Basah kasut dengan cecair pekat yang mengalir di lantai .

"Macam mana anjing tu boleh tangkap kita punya olang . Lu olang kerja macam mana ?!"

Diam . Tiada siapa yang mampu mengangkat kepala . Jika situasi berterusan begini tiada siapa yang bakal terselamat . Siapa salah dia terpaksa menerima balasan . Tu kontrak kami disini sebelum mula bekerja . Dan kami akur dan taat .

"Hey kamu . Sini ."

Cad akur . Perlahan dia melangkah . Dia hanya memandang ku sekilas dengam senyuman pahit di bibir . Aku tertunduk . Tak mampu membalas senyuman kerana aku tahu itu yang terakhir daripadanya .

"Maafkan aku Cad ."

Bang . Aku cuba memekakkan telinga daripada bunyi yang menarik nyawa kawan aku sendiri . Mata masih melekat di kaki . Cecair merah mengalir lagi . Tak sanggup aku mengangkat kepala menyaksikan sendiri bagaiman kepala kawan aku bersepai

Kami tahu hari macam ni mesti tiba . Tapi entah jiwa remaja membuatkan kami tidak takut mencuba . Mungkin hari ini hari dia . Esok mungkin aku . Entah . Tak siapa tahu .

Nyawa manusia itu terlalu rapuh .


* * * * *

Aku berhenti berlari . Tangan segera menggapai anak patung di dalam poket seluar . Di koyak anak patung kecil itu . Mengeluarkan isi dalamnya . Serbuk putih bertaburan di atas jalan tar . Aku kena hapuskan bukti cepat getus hati kecilku . Anak patung tersebut kucampak di bahu jalan .

Dengan nafas yang masih tecungap-cungap, aku teruskan pelarianku . Aku tidak boleh ditangkap oleh mereka yang beruniform biru hitam . Tidak . Aku tidak akan benarkan .

Penat dan pandangan yang agak kabur disebabkan hujan yang amat lebat menyukarkan aku melihat . Dan akhirnya aku tersungkur di tengah-tengah jalan .

Bunyi hon kenderaan yang amat kuat aku abaikan . Aku dah penat dengan kehidupanku . Mungkin ini tanda titik noktah untuk cerita aku . Aku menutup mata . Menunggu kenderaan tersebut menghentam tubuhku .

Aku dapat rasakan betapa tulang aku remuk dilanggar kenderaan tersebut . Cecair pekat mengalir daripada kepalaku . Aku sudah tidak dapat merasakan tangan kiriku . Mungkin sudah patah . Jeritan pemandu wanita kenderaan tersebut dapat kudengar namun tidak kuendah .

Aku tidak pernah merasakan kesakitan yang amat sebegini rupa . Lebih sakit daripada rasa torehan pisau di tanganku yang membuatkan aku hampir dikejarkan ke hospital . Lebih sakit daripada retakan yang aku dapat akibat terjun daripada tingkat 4 flat kediamanku . Ya . Banyak kali juga aku cuba menarik nyawaku sendiri . Tapi entah kenapa rohku enggan meninggalkan jasad kotor ini . Tapi kali ini aku pasti, inilah pengakhiran bagi seorang Amir .

Cad sakit macam ni ke kau rasa hari tu ?

Akhirnya tubuhku jatuh menyembah bumi . Dan segalanya gelap .


* * * * *

"Saif termenung apa tu, sayang ?"

Pandangan segera menangkap kelibat perempuan yang sudah separuh abad di hadapanku . Namun senyuman yang sentiasa menghiasi wajahnya membuatkan dia nampak lebih muda daripada usia . Dulang yang ditatangnya diletakkan di hadapanku . Aroma air kopi panas memenuhi ruang tamu .

"Tiada apa ummi ."

Mata kembali ditala keluar tingkap . Memerhatikan titisan air hujan laju membasahi tanah . Kilat dan guruh sabung-menyabung di kaki langit mungkin ingin menunjukkan siapa yang lagi hebat . Tapi masih tidak dapat menandingi kekuatan Dia . Hatinya beristighfar .

Setahun yang lalu dia muncul dalam rumah mewah ini . Tanpa memori daripada masa silamnya . Namanya sendiri pon dia tidak tahu . Ummi dan abah yang membawanya ke mari dan dijaganya bagai anak sendiri . Fikrah bersih yang dibawa oleh ummi dan abah membuatkan dia rasa tenang . Namun kadangkala hatinya terdetik untuk mengetahui siapakah dirinya yang dahulu . Namun, tiap kali dia cuba mengingatinya, kepalanya akan sakit . Jadi dia biasanya akan mebiarkan sahaja persoalan itu tergantung . Mesti ada hikmah disebaliknya .

Getaran daripada telefon bimbitnya mebuatkan dia tersedar ke dunia realiti . Tangan segera mencapai gajet tersebut .

'Sudah hampir maghrib . Bersiap . Kejap lagi kita ke masjid bersama .'

Ringkas pesanan abah . Mungkin dia sudah bergerak pulang daripada tempat kerja . Bingkas dia bangun menuju ke bilik mandi bagi mempersiapkan diri .


* * * * *





Dah the end . Uhuk first debut buat cerita macam ni . Maaf imaginasi tak cukup eheh . /Any good recomendation for bengkel penulisan kreatif ?/ Ya, serbuk putih dalam anak patung tu dadah dan Saif tu Amir harap maklum . Agak cliche bukankan ?

So sebenarnya cerita ni 'punishment' for me yang sehari suntuk layan Boys Over Flower /ahah buruknya perangai maaf saya khilaf/ I cant resist the temptation entah berapa kali ulang tengok . Character of a Gu Jun Pyo is seriously gila tak logik tak boleh diterima akal sebab he is too good looking and perfect mana ada orang macam tu wujud /entah ada kot/. But hardcore fan of Lee Min Ho dies hard kan ? Next time ulang tengok City Hunter pulak . Then The Heirs . /ahah abaikan budak tak matang ni/ Sekali sekala takpe lah kot .

So tadaa ~ A little productive of me for the day sebelum tidur .


May Allah bless .



Labels:

Blogger purple LADY said...

nice!!

 
Blogger sharifahsyahirah said...

sebenarnya tk baca habis, baca separuh sebab rusing dan mood tk bape ada. hehehe tapi nak comment jugak. Awk ada bakat. Asah bakat menulis ni. keep it on.

 
Blogger Unknown said...

Thanks for reading ^^

 
Blogger Unknown said...

Eh ? Sure thanks ! /throw loves/

 

Post a Comment