F I C T I O N

R E V I E W

T U T O

S Z E N I T H
FOLLOW


"So what if this worldly dunya full of obstacles . It's not even Jannah .”
- N

"Everyone grows as long as they live with time . But only some of them learn from it ."
- Hlovate
"Hidup ni kena pakai neraca Tuhan, hukum Tuhan . Bukan neraca dan hukum manusia ."
- Hlovate
Welcome!

Fadhlin. 18.
Growing and changing are parts of life .
*will update once a week*

written: Thursday, 27 August 2015 @ 08:07 ✿
0 comment[s]






Aku mintak maaf . Aku tahu dah lama sangat aku tak buka blog . Update apatah lagi . And entah ini maaf yang ke berapa kali .

Ada lagi yang masih membaca ? Terima kasih.

Aku cuba cari masa untuk menulis . Aku banyak menulis di instagram kerana lebih mudah . @fdhlinfrhnh (ak bukan nak promote tapi kalau nak follow okay jugak hahah) .

So harini aku belanja masterpiece aku . 

Ni hikayat yang aku tulis masa umur 15 .

 Umur berhingus . Umur kena bash dengan cikgu tapi aku buat takkisah . Umur kena bebel dengan ustazah . Kena tazkirah dengan akak senior tak payah cerita .  (maaf dan terima kasih) Hahah . Umur yang jadi titik tolak hidup aku . No I dont need a rewind button cz it take lots of tears to be who I am now.

 Dark side aku biarlah aku simpan elok-elok dalam almari tu .  

Move on. Infiru.

So yes . Enjoy ;)


Al-kisah, tersebutlah sebuah kota yang berdiam  di tingkat 3 di bawah lindungan kerajaan Bukit Rangin atau lebih dikenali di hati rakyatnya sebagai BRASS . Adapun sudah hampir tiga tahun berdiam di tingkat 3 , tidak pernah sekalipun berpindah ke tingkat lain akan kota itu . Hatta bergembiralah sekalian rakyat tiada terkira dek kerana turunnya berat badan mereka pabila setiap hari mereka mendaki tangga hingga ke kota kesayangan mereka . Maka dikurnia nama kota ini cendekia dek kerana cendekianya rakyat yang menghuninya .

   Adapun kota Cendekia ini diperintah oleh secantik-cantik dan selembut-lembut guru . Amanlah kota ini tatkala Cikgu Nor Azmah berdemokrasi lalu sekalian rakyat jatuh kasih dan sayang kepada ia . Arakian bercelotehlah ia, bersungguh-sungguh mencurahkan ilmu sains, tidak pernah terkurang sedikit pon . Begitulah juga keadaannya tatkala Ustazah Yusnita dan Teacher Rosaliza memegang tampuk kepimpinan di kota ini pada satu masa dahulu .

   Hatta, Aminul dan Diyana berkuasa tatkala tiadanya guru di kota ini . Sedang mereka berdua sibuk , sayup-sayup suara Atiqah , tukang pungut cukai kota Cendekia ini, memaksa sekalian rakyat membayar cukai mereka yang tertunggak . Tidaklah ia suka akan tugasnya yang dahulunya dilakukan oleh Akma , bangsawan berwajah suci yang telah berhijrah ke Segamat, Johor tatkala sekalian rakyat sibuk bersiap untuk menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) .

  Syahadan Faisal, bangsawan yang amatlah diminati dan disayangi sekalian pelusok kerajaan Bukit Rangin dek kerana kewibawaannya sebagai laksamana kerajaan ini bersahabat baik dengan seorang laksamana yang ketinggiannya amatlah mengkagumkan, Aiedil si lidi panjang bak KLCC . Adapun Ilyas itu kerenahnya tiadalah banyak sedangkan Alif itu asyiklah termenung . Entah apa difikirannya itu tidaklah diketahui oleh sekalian rakyat .

  Arakian, Syamil dan Laksamana Ahmad itu amatlah rapat hubungannya, tidak sesekali mereka berenggang terlalu lama . Adapun Najmi itu banyak celotehnya, kulitnya yang amatlah putih dan wajah iras-iras Mr Bean meredakan kemarahan setiap penghuni kota ini pabila terpaksa melayan kerenah yang seorang ini . Sebaik sahaja guru melangkah keluar,  Syuib , Hidayat, Firdaus, Syukri, Laksamana Khairul (dulunya sahaja kerana kini dia sudah berhijrah ke Sabah) dan Najmuddin sibuklah akan mereka itu akan urusan masing-masing . Tanpa mereka, tiadalah kehuruharaan di kota ini .

  Maka diceritakan pula kisah puteri-puteri di kota ini . Adapun terdapat sehingga tiga orang ‘Aina’ di kota ini ( Aina Mardhiah, Laksamana Ainaa Amirah, Aina Naailah ) tidaklah pernah sekali mereka keliru akan nama mereka lain benar dengan Laksama Amirah dan Laksamana Farhana , kembar tidak seibu dan tidak pula sebapa yang menjadi kekeliruan akan seluruh alam . Adapun Jannah itu pengembara yang baru beberapa bulan menetap di kota Cendekia ini , diam-diamnya ubi berisi .

  Hatta tersebutlah kisah dua sahabat karib ( Rabi’ah dan Syakirah ) yang sentiasa dilihat bersama. Rabi’ah sentiasa dilihat bersama Sketch Book yang penuh dengan rahsia lain pula sifatnya dengan Syakira yang tiada Sketch Book dan sentiasa ceria . Adapun Shahira itu sangatlah terror BI-nya, kefanatikannya amat terserlah . Sekalian rakyat sudah sedia maklum yang teramatlah sukacita oleh Shahira akan artis kelahiran American Idol, David Archuleta .

  Sekarang tibalah kisah Khairein, laksamana yang amatlah lembut sifatnya amatlah berbeza dengan Laksamana Iffah yang amatlah nyaring bicaranya sehinggakan sekalian rakyat jatuh sakit  setiap kali mendengar celotehnya . Hatta Laksamana Rabiatul ‘Adawiyah juga amatlah sukacita sekali ketika berceloteh dan melontarkan segala idea yang ada dalam kepalanya dalam setiap acara debat .

  Adapun Laksamana Adila itu suka menganggu ketenteraman orang lain , namun apabila dia tegas , takutlah akan setiap rakyat di kerajaan Bukit Rangin . Hatta, begitulah juga kisahnya dengan Laksamana Fadhlin . Bingung sekalian rakyat apabila sifat nakal Laksamana Fadhlin semakin menjadi-jadi selepas Laksamana Athirah berangkat ke Kota Kinabalu, Sabah .

  Tiadalah kami pasti akan penghujungnya .  Tahun hadapan, rakyat kota ini akan pergi membawa diri ke aliran yang diimpikan . Namun, kota Cendekia ini akan tetap gah dalam hati dan sanubari penghuni kota ini bersama-sama kenangan pahit manis yang telah hampir tiga tahun diukir bersama.

  Kata sahibul cerihik, kepada golongan Cendekia, andai terguris hati dan perasaan, sepuluh jari disusun memohon kemaafan .


                                                         
  

Ada yang masih membaca ?


Terima kasih .



Lots of love, fadhlin, the one who still trying her hard with her study and final 32 days more . Bismillah .

Labels:


written: Tuesday, 7 July 2015 @ 20:33 ✿
0 comment[s]





"Kenapa ? Kenapa orang macam mereka tak diberi peluang seperti orang lain ? Bukankah mereka sama ?  Human with feelings . Mereka juga pencinta . Tapi kenapa ?"

"Woi kau dah kenapa ? Drama ." Selamba Kei menjawab . Buat dah drama dia . Silverberg Chemistry yang boleh tahan tebal diselak .

"Nope just reading that one article . Aku terfikir kenapa tak boleh ?"

"Kau demam ke ? Straight tak ni ?"

Lee angkat kening . Muka tak puas hati . Kau nampak aku bengkang-bengkok ke apa .

"Aku cakap sebab islam kan promote sama-rata . Hmm . Bukan aku cuba mempersoalkan perbuatan kaum nabi Lut yang terang-terangan dilaknat Tuhan . Bukan tu maksud aku . Aku cuma terfikir ."

Kei sengih . "Kau tau tak cerita pasal pelangi ?"

Muka Lee berkerut cuba mengingat . Pelangi mana pulak ni . Yang pasal legend budak-budak dekat hujung pelangi ada banyak emas tu aku tau lah .

"Rainbow ."

Lahh  Cakap lah pasal rainbow, that symbol of LGBT . Cerita pasal tu aku tau lah .

"Lee, ingat kenapa rainbow symbol of LGBT? Symbol of self-identification which demonstrate unity and pride ."

Lee mengangguk . Masih tak faham apa yang cuba disampaikan .

"Yes . Islam promote kesama-rataan . Kan ? And everything yang Islam bawa suit fitrah manusia . Al-Quran turun zaman nabi Muhammad . But still kitab suci yang satu ni flexible sampai sekarang . Tak kira masa . Macam rainbow . Ada banyak colour . Flexible ."

"But then . Perkara basic tak boleh ditukar . Contoh solat, kau tak boleh suka hati nak solat subuh 3 rakaat sebab kau rasa 2 rakaat tu sikit sangat . Hahah . But yes, ada variation dalam cara solat mengikut mazhab masing-masing . Pokoknya perkara asal tak boleh ditukar ."

Kei tergelak menampakkan giginya yang tersusun rapi .

"Sama macam kes pelangi. Yes ada variation . But still asal pelangi daripada cahaya matahari yang colourful but dah composed and become white light . Dispersion of light yang buat dia nampak colourful. Angle reflection yang berbeza membuatkan colours tu berbeza . But then yang visible without dispersion, colour dia satu . Putih . Pokoknya satu . Masih satu . Tak boleh tukar ."

Lee hanya mengangguk . Mukanya sedikit berubah . "Yes, honest aku sebenarnya kesian with those yang melanggar fitrah  . Macam sebenarnya bukan tu yang dia nak erm . Aku nak tolong spesies diorang tapi aku tak tahu macam mana . Sumpah aku keliru ."

"Teringat dia ?"

Kei mengangguk perlahan .

"Doakan dia sahabat . Semoga dia berubah . "

Lee mengoyak senyuman namun masih hambar .

Doakan dia . Perlahan Kei mengulang .







******




Yes finally . I've waiting for such a long time nak tulis ni . Tapi assignment revision and some personal problem halang aku daripada tulis pasal ni . Yes . Same-sex marriage legalisation in USA . Basically Us bukan negara first yang legalise same-sex marriage, 21st to be exact, But yes, US, a big country . Mana lah tak satu dunia kecoh .

Nak cakap pasal side effect dia, wow berjela . Just google it, semua keluar . Geleng kepala .

But yes perkara ni buat kita reflect balik diri kita . Muhasabah diri . Yang benda macam ni occur dalam society, maybe our own friend ? Siapa tahu kan ?

It'snt that late selagi kau masih bernafas . Help them . Lend your hand . C'mon. Be brave and take the risk . Mana tau tiba-tiba mereka sambut tangan kau bukan tangan aku .



Reflect .


PS//cerita ni aku kutip daripada inche gabbana but in my own understanding . So kalau salah aku mohon tegur .

Labels: , , ,


written: Wednesday, 3 June 2015 @ 23:25 ✿
0 comment[s]


"Huh ."

Kei tersenyum . "Aih baru masuk seminggu dah mengeluh ?"

"Culture shock ."

Lee angkat bahu . Katil dikibas . Duduk .

"Better organised ourselves before the classes start for sure ." Kei membebel sendiri .

Lee senyum malas . "Kan.."

Lirih dia menjawab . Headphones on . Folder 'my precious' played .

*****

Assalamualaikum brothers and sisters . So yeah basically im officially a cfs iium pj student after the baiah ceremony . Alhamdulillah . Everything is just fine . Just culture shock sikit maybe sebab dulu dekat hostel ada rules semua tiba-tiba kat sini macam okay, suka hati awak la nak bangun pukul berapa . Nak tidur sehari suntuk pon boleh . Sengih .

So for what happened during taaruf week (ta'we) you can just read it at twitter with hashtag tawe . 

I've done hearing my subject briefing by the chemistry department . Honest excited . Can't wait for the lectures for sure . *ni betul serius tak perli *

So theres some advices i want to share . (honest baru dapat tadi from the lecturer for sure )

Habit .

Ok the lecturer talked about habit act . 

Personal victory . Society victory .

For personal victory, it's about how we behave . How we organise ourselves . How we contribute to the society . How . How . and How .

Ok so basically what he explained macam cliche . Semua program motivasi ada cakap pasal time management, pasal hablu mina annas (hubungan dengan manusia) and paling penting hablu mina Allah (hubungan dengan Allah)

Tapi ada satu dia sebut, macam eye opener for me .

Proscastinate .

I'm a proscastinator . Mengaku . Tunduk .

I've tried to change it . Setiap kali ada homework terus siapkan . Okay alhamdulillah .

Tapi sebenarnya bila buat macam tu aku rasa maca robot . Tapi aku teruskan sebab "aku taknak jadi proscastinator ."

Tadi lecturer sebut 'knowing priorities' dan phrase tu buat aku sedar apa yang aku salah dalam memahami istilah 'proscastinating'

Sounds cliche much . Huh .

Tapi betul tu apa aku rasa . Sebab mungkin terlalu fokus nak jadi orang yang productive sampai lupa nak asingkan mana satu priority mana satu boleh buat kemudian .

Jadi take note okay anak-anak . Sila label mana satu priority mana satu bukan letak tepi kejap .

((Al-Asr :1-3))

Surah pendek tapi mantap pergh . Complete . Allah tekankan pasal masa, makhluk yang penting, kena jaga, organised . So that you'll live a proactive life with perfect results in everything .


*****

"Oi buat ape tu ?"

Lee sengih . "Kau rasa ?"

Planner ditutup .




Labels: , ,


written: Wednesday, 22 April 2015 @ 19:06 ✿
0 comment[s]





Sebab hidup ni sementara . Tak lama . Senyum kelat .

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata : "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani ." . (21 :83)


Dahi berkerut tahan sakit apabila tube iv (intravenous) dimasukkan kedalam vein . Kalimah suci berulang kali disebut dalam hati, berdoa agar dikurangkan sakit .

Tahan Lee tahan . Hilang macho nanti .

Sebenarnya taklah sakit mana setakat masukkan tube iv tapi vein dia yang semula jadi kecil menyebabkan dia sakit .

"Saline drip done ." Kei menunjukkan thumbs up kepada Lee .

"Huh . Layan aku macam budak kecik lagi ."  Muka ditarik .

Kei sengih ." Kau tu . Kata nak ambil medic . Tapi takut darah ."

"Takut darah tu lain dengan instinct nak selamatkan orang . "

Kei . Muhammad Khairul Ikhwan . Sebenarnya dia suruh panggil Khair tapi Kei lagi senang nak sebut eheh .

Jiran yang boleh main aci redah nak cakap apa . Dah macam adik-beradik . Kot la . 'Coz I've no sibling .

"Breakfast ?" Kei tersenyum . Mangkuk berisi bubur yang dihantar nurse bertugas ditolak ke arah Lee .

Lee diam . Refused . Muak . Serius .

Kei tersenyum . Tangannya segera mencari sesuatu daripada dalam beg .

"Aku dah agak kau tak nak makan . Sebab tu kau kurus ."

Penutup tupperware dibuka daripada bekasnya . Olio .

"Aku tau kau sayang aku ." Senyum .

"Hah . Banyaklah kau . Makan banyak-banyak baru cepat sihat ."

Senyuman Lee pudar . "Esok kau tunggu lagi ?"

"In syaa Allah . Aku tau kau kuat ." Mata Kei berair . Entah kenapa tiba-tiba rasa macam nak nangis . Tapi dia cuba senyum .

Lee angguk perlahan . "Allah takkan menzalimi hambaNya kan Kei ?"

"Sebab Allah itu Maha Penyayang ." Kei senyum kelat .

Esok .

*****

Eh ? Ye saya tahu agak pelik starter cerita wahai sahabat . Aku dah kata jalan cerita dia random kan ? Senyum .

Jadi nak memudahkan cerita, Lee's story akan ada hashtag sebelah title ok . Senang kan ? Alhamdulillah .

Aku pakai character lelaki sebab mudah . Mudah nak bayang ? Sebab perempuan ni banyak kena jaga  walaupun sekadar cerita erm erm . Erk . Alasan semata-mata . Eheh .

Aku ada alasan aku maaf kalau tak selesa .


Semoga bermanfaat !









Labels: ,


written: Tuesday, 14 April 2015 @ 19:39 ✿
0 comment[s]


Siap pun . Jemarinya dipatah-patahkan . Daripada tadi tak henti menulis siapkan report Kimia .  Lenguh . Cikgu pesan nak esok jugak by hook or by crook . Haih . 
 
"Kei ?"

"Erm ?" Matanya tak berganjak daripada pengiraan addmath . Gaya dia tekan kalkulator macam gaya The Hulk hentam dinding time nak buat grand entrance . 

"Apa impian kau ?"

Dia tersengih . Namun mata masih tak lari daripada penyelesaian addmath di atas kertas kajang .

"Random sangat lah kau ni . "

"Entah ." Lee tersengih .

*****
Nak cakap pasal cita-cita, impian dan harapan memang berkajang la weyh aku tulis . Nanti penat nak baca (bajet ada orang baca) . 

Straight to the point .

Sukacita dimaklumkan saya ingin menulis sebuah cerita pendek . Pendek lah erm . Yang bersambung-sambung ? Macam Chad and Qiden's story by Budak Tomato (kenapa Qiden ? Why you leave Chad ?) 

Aku dah lama berangan nak create novel . Serius . Tapi malangnya, aku ni tak konsisten . Kalau aku rasa nak tulis, aku tulis . My so-called-novel baru ada 10 pages then terbengkalai . Ahah . So serius aku fail bab novel ni sebab kena ada plot, character, yada yada yadaa . 

So this cerita pendek lebih kurang macam novel yang randomly written, plot character semua aci redah je (lebih kurang la sebab aku masih memikirkan segala effect kalau aku buat kerja ikut suka hati) . 

Nama ? Aku plan nak pakai je terus Kei dengan Lee sebab nama ialah part paling susah nak fikir (jadi aku malas nak fikir ok got it?)

Ahah . Sebenarnya ni plan sebelum start a new life as a foundation student lagi 2 bulan (amin) . Aku nak jugak impian kanak-kanak aku ni tercapai walaupun short story je . Aku tak kata aku stop writing lepas dah jadi student college, cuma masa tu mungkin limited sebab ye lah tanggungjawab dah bertambah . Aku taknak episod sedih aku meraung masa ambil slip result SPM berulang (walaupun orang kata result aku takde lah teruk sangat erm aku ada impian jugak taw ) . Ok takde lah sampai meraung, cuma bergenang air mata uhuk .

*****
"Impian aku, aku nak kahwin dengan orang yang sanggup benarkan aku join Aman Palestin ."

Kei terkedu . Perlahan dia memandang muka Lee yang bercahaya penuh semangat .

"Kalau aku, aku nak kahwin dengan kau, kalau kau perempuan lah ."

Lee menggenggan buku limanya menahan geram . Buku rujukan Kimia sudah diangkat, bersedia melibas belakang Kei .

Kei mengangkat kening double jerk "Apa ?"

"Aku serius kau buat main pulak ."

"Kau tu kacau aku buat addmath ."

Kei menjawab selamba dan meneruskan pengiraannya yang terbengkalai .















Labels: ,


written: Monday, 13 April 2015 @ 10:16 ✿
0 comment[s]





Le owner - Cz the dunya is a world-class teacher


"Hoi !"

"Apebenda weyh tak ada angin apa ."

"Aku jumpa orang macam kau . Sebijik ."

"Erm ?"

"Annoying macam kau . Excited terlebih ."

"Mana ada aku excited terlebih ."

"But i love you and kinda dislike her ."

"Haha yang original always win then ."

******

Maaf aku tulis dekat sini .Sungguh aku tak niat nak share alkisah hidup aku yang penuh gula, blackpepper and yogurt mixberry yum . Aku tulis sebab aku rindu . Rindu kau weyh . Fillah .

Aku terbaca ni tadi . Just few min ago . Baru je lagi. Kalau nak bersahabat, cari mereka yang buat kau ingat Allah . Nampak je muka dia terus ingat Dia . Hah gitu la lebih kurang . Tapi sahabat macam ni susah nak cari . Kalau tak jumpa, you be the one .

Nice . Menusuk ke jantung hati limpa ok dah terbabas mengarut . Dan buat aku teringat dia . Dan dia . Dan dia . Lots of 'dia's actually yang bawak aku kepada Dia . Entah rindu .

Aku ni jenis manusia yang suka something yang ada ending 'happily ever after' macam dalam cerita disney tu . And the idea of 'friends till jannah' sounds 'happly ever after' enough for me .


*****

"Kau nanti jangan sound senior direct lagi tau ."

Tersedak air teh yang baru ditelan .

"Kau ingat lagi ?"

Dia menggeleng sambil mengurut perlahan pelipisnya .

"Ye aku tau . Kau ni risau sangat ."

Sebab dakwah ni step by step bukan aci redah je . Different person, different way then .


May Allah bless .





Labels: , ,


written: Wednesday, 8 April 2015 @ 00:14 ✿
1 comment[s]





"Will it reach you ?" -Shigatsu wa kimi no uso



Beberapa tahun sebelum..

Dia memerhati setiap ruang kafe . Pandangannya kosong . Kei meraup muka dengan tapak tangan . Bosan menunggu dia yang pergi memesan minuman mereka di kaunter .
Kafe berkonsepkan santai dengan menyediakan kopi sebagai tarikan utama itu masih dipenuhi anak-anak muda walaupun jam hampir menunjukkan pukul 7 petang  . Termasuklah dia .

"Hoi ! Berangan ."

Kei tersentap daripada lamunannya . Aroma latte kegemarannya membuatkan dia mengoyak senyuman . Lee dah buat muka .

"Kau ni dua tiga hari ni aku nampak macam lain macam je . Time jamming pon macam tak de mood ."

Tangan menolak drumstick yang diletakkan di atas meja ke tepi . Segera dihirup perlahan latte yang masih berasap . Soalan tadi dibiarkan tidak berjawab .

"Entah . Mungkin aku bosan ." Bosan dengan jamming . Bosan dengan konsert . Bosan dengan apa yang aku buat selama ni.

Bosan dengan hidup aku yang kosong . Bosan dengan hidup aku yang tak bermatlamat .


Beberapa tahun selepas..

Dia memerhati setiap ruang kafe . Cuma kali ini pandangannya tidak lagi kosong . Dia tersenyum .

Kafe tempat mereka melepak masih sama seperti dulu .

"Weyh Lee . Kau ingat kafe ni ?"

Dia yang berada di skrin tab hanya tersenyum .

"Kau rindu aku eh ?"

"Haha . Tak . Kau dah baca dah ?"

Senyuman dia sedikit pudar .

"Yeah . Turning point kita stop writing . Erm ."

Air liur yang ditelan terasa kesat . Beberapa tahun lepas, terbaca retweet dari budak tomato . Dia skater . And he is my eye opener .

Penulisan dia buat aku rasa benda baik tu mudah sangat nak buat .

Dulu betul aku alergik tengok orang pakai kopiah, pakai serban . Menyampah kot . Sebab aku pernah kena herdik menggunakan dalil-dalil yang aku ingat pernah baca dalam buku teks Pendidikan Islam dengan senior serumah dengan aku sebab aku pergi jamming . Sebab tu memang aku trauma dengan 'dakwah tarbiyah' .

Tapi dengan penulisan budak tomato, aku rasa seronok . Aku rasa nak cuba buat benda baik . Perlahan-lahan hati aku yang rasa kosong terisi . Lepas tu, aku ajak Lee sekali .

"Hmm . Tapi kan sampai bila hidup nak bergantung dengan orang kan ?"

Lee tersenyum .

"Haha . Erm nanti malam kita continue sesi mengeratkan silaturahim ok ! Aku nak kena pegi Malaysian Hall ni ."

Skrin tab bertukar gelap . Lee is logged out .

Kei menarik nafas . Kaki melangkah keluar daripada kafe . Petang ni ada usrah di taman . Dia tersenyum .

"Ye lah . Sampai bila nak bergantung dengan orang ."


Done . So ada dua perkara yang nak disampaikan dalam cerpen saya . Erm erm .

Tersurat : 

My feelings dedicated to a one of the legends dalam penulisan yang santai awesome (my cup of tea la habis cerita) who is budak tomato yang currently stop writing (i hope just for a while) . Erm erm . I pray dia tak stop berdakwah, menyampaikan in his/her own unique way in real life . Sebab jalan dakwah ni kan panjang . 

And not always rainbow and butterflies la la la .

Tersirat : 

How your sincere act reach people . Sometimes random people . Kadang rasa down jugak bila you do something with all your heart then people around you macam buat tak tau tapi kadang kita tak perasan benda tu sampai dekat orang yang kita tak sangka 

(haha . sebenarnya ni berlaku banyak kali pada aku sebab aku ignorant tahap ape entah . I've tried my best to care about my surrounding but eheh failed ? It is just so me .) 

So yeah just do what you love selagi benda tu baik and Allah suka sebab dakwah is in lots of forms you know ? Bukan setakat giving talks and writing je ok ! 

May Allah bless then !














Labels: ,


written: Thursday, 2 April 2015 @ 23:41 ✿
1 comment[s]




Waste your time and you waste your own life .

No update for a long time cz I keep on thinking . Talking to real people . Watching lots of dramas and animes . Not reading too much lately . Running away from my own passion of writing . That kind of attitude actually kills me . 

* * * * *

Mata ralit memerhati skrin galaxy tab . Scrolling newsfeed . Hujan masih tak henti turun . Tangan menggaru kepala yang tidak gatal . Macam mana aku nak balik ni ?

Hati terdetik untuk log masuk ke laman blog ceritera . Draft dibuka satu persatu-satu . Entah kenapa aku tak mampu habiskan setiap penulisan dan publish . No mood ? 

Bukan . 

Sebab aku tak mampu nak publish bukan sebab tu . Sebenarnya aku tak mampu nak bertanggungjawab atas apa yang aku tulis . Aku tak capai lagi tahap character cerpen yang aku tulis . Entah . Aku rasa perlahan-lahan peribadi yang cuba aku bina daripada dulu hilang . 

That character of a good productive muslim . 

Tunduk . Jernih air mata yang mengalir di sebalik cermin mata . Nafas ditarik perlahan . 

Reflecting . 

Muhasabah diri .







Labels:


written: Wednesday, 25 February 2015 @ 07:21 ✿
2 comment[s]






Tingkatan 2A (2009)

Orang berhimpit-himpit, teruja melihat sehelai kertas yang baru sahaja ditampal di papan kenyataan tersebut . Ada yang daripada tadi duk menilik nama orang lain . Ada yang dah terlompat-lompat bajet nampak abjad yang tertaip di atas kertas . Ada yang muka selamba tenang melihat daripada atas kepala manusia-manusia yang lebih rendah di hadapannya .

Aku hanya menarik nafas . Tangan masih lagi ralit dengan soalan matematik di meja . Ahh . Banyaknya kena siapkan . Dah la semua soalan sama . Bukan nak berlagak tapi betul ni aku bosan . Mata menjeling kertas yang ditinggalkan oleh tuannya . Hah ! Apasal banyak lagi budak ni tak buat . Kejap lagi cikgu masuk apa aku nak jawab kalau mantee aku tak siap lagi tugasan ni . Tangan segala menggaru kepala yang tidak gatal .

Tersentak seketika apabila ada tangan yang tolong membulatkan jawapan . Aku kenal sangat tangan tu . Mata masih tak lepas daripada kertas . Banyak lagi jawapan yang tidak bertanda .

Dia menarik kerusi dan duduk di hadapan mejaku tanpa dijemput . Matanya merenung tajam ke arahku . Serius aku tak selesa .

"Tak tengok ranking ?"

Otak masih lagi mencongak perkiraan yang cuba diselesaikan . Hah . 5 soalan lagi .

"Kau nombor satu lagi . Tahniah ."

Hmm . Aku hanya mengangguk . Tak susah nak dapatkan ranking teratas di sekolah biasa . Serius . Paling-paling pon ada lah sorang dua yang challenge aku . Lagi-lagi budak ni .

"Aku jatuh sikit . No 3 err ."

"2?"

"Shahira ."

Ok . Dah siap . Senyuman terukir di bibir . Muka orang yang duduk tercongok depan muka aku dipandang.

"Hah . Tu lah banyak main lagi . Nasib baik nombor 3 . Kalau tak we are done ."

Dia hanya membuat muka selamba . Tali leher hitamnya dibetulkan .

"Im busy with those football things kan ."

"Im busy with debate jugak . So tak de alasan ."

"You both ni kan, habis belajar terus kahwin la . Aku cepuk karang . Dah shuh shuh aku nak belajar ni . Kau dah pandai, jangan kacau mentor aku please ."

Diyan dah tarik kerusi dan duduk sebelah aku . Muka tak puas hati jelas terpancar .

"But ada dua mentor lagi best kan ?"

Muka Diyan dah rupa macam jeruk . Budak kat depan ni memang tak makan saman . Clingy . Serba-salah aku dibuatnya .

* * * * *

"Hah result ok, kau nak buat ape pon buat lah  ."

Aku dah buat muka bangga dengar apa cikgu cakap . Aku banyak kali jugak lah kena sound dengan kakak senior tapi aku buat pekak je . Huh . Aku rasa aku tak buat salah pon . Result mantain . Bukannya kitorang ada touch ke buat menda yang terang-terang haram . Parents kitorang approve je . Ok lah kan ?

* * * * *

Tingkatan 5 S1 (2012)

Pandangan dialih daripada kertas latihan Matematik Tambahan ke luar tingkap . Aku tersenyum . Teringat saat aku berlagak dengan subjek Matematik satu masa dulu . Sekarang ? Aku tak nak jumpa nombor dah lepas ni . Serious talk .

Kelihatan sepasang 'kawan baik' berbeza jantina bergelak ketawa dari jauh . Hmm . Aku menggeleng perlahan . Bukannya tak tegur . Banyak kali . Aku tahu mereka sukar memahami . Hidup tengah frasa hampir semua benda nak cuba . Tak serik . Jatuh diri balik . Kan ? Sebab aku macam tu .

Aku ? Serik ? Tak ada lah . Cuma entah aku rasa masa aku banyak terbuang macam tu je bila aku kena fikir pasal orang lain lagi-lagi manusia yang berbeza jantina . Hah . Dah la otak tak sama lagi lah aku tak faham .

Yeap . 'Love' life aku habis macam tu je . Dia pindah sekolah, we are done . Haha . Kelakar kalau ingat balik .

Masing-masing dah besar . Masing-masing dah mula fikir mana betul mana salah . Brilliant brains tu credits. jangan salah guna . Sebab tak tau bila Allah tarik nikmat tu balik .

Kadang tu ada juga rasa hati macam terusik tapi entah semua tu aku tolak ke tepi sebab dalam dunia ni ada banyak lagi tanggungjawab yang lebih besar selain daripada 'rasa hati' .

People said that i'm being harsh to myself . Taklah . Ni punishment sebab dah banyak sangat buang masa . Aku takut tak sempat . Sebab aku tahu setiap saat, masa aku atas dunia berkurangan .

Ranking ? Aku tengah cuba . Capai ranking tertinggi di sisi Dia . Dan aku doa dia pon begitu .

Kertas Matematik Tambahan membawa kukembali ke realiti . Kalkulator ditekan . Tangan laju menconteng jalan kerja di atas kertas kajang .





Alhamdulillah done ! A debute genre macam ni haha serious i dont want to do that again, geli . Lagha ke ? Im so sorry serious .

Im trying to make people understand some of those bright students' thought . Sebab phrase "U can do anything when you scored your exam ." macam ridiculous . Anything ? Seriously ? Best gila . Lagi satu phrase "Zaman sekolah ni tak payah la couple ." Hurm . What do you think ? Time further study boleh couple then ? Hurm just saying .

This is true stories-imaginations-wisetalk yang dikutip daripada banyak sumber dan diadun bersama sebagai satu cerita yang aku harap sangat mudah difahami . Cerita ni sesuai untuk pelajar sekolah i guess hurm hurm .

Comments ? Please i need it . Kalau malu sangat ask as anonymous pon okay . Eheh .








Labels:


written: Wednesday, 4 February 2015 @ 07:55 ✿
2 comment[s]






Pandangan hanya ditunduk . Serabut . Stress . Marah . Geram . Kalau ikutkan hati dah lama dia ikat mereka yang menyebarkan cerita dekat tiang surau tu, biar insaf sikit . 
Ini bukan kali yang pertama . Haih . Manusia ni payah betul nak ambil pengajaran. Masalah dia bukan nak tanya aku dulu desis hati kecilnya . 
Seriously they think they are the one who are right . Fine . But why on earth you spread all those stupid assumption to others . 
"Unacceptable huh ?" 
Rakan di sebelah yang daripada tadi hanya memerhati bersuara . 
"Yeap . I dont care about the others why they are so 'caring' enough about my stories . Like 'oh yeah i know this girl' . " 
Yap . Memang aku tak pernah nak jaga tepi kain orang sebab niat aku datang sini sebab nak belajar . Done . Aku tak teringin pon nak ada memori 'indah' dekat sini . Tapi honest aku tak faham kenapa mereka di sini sibuk nak tahu itu dan ini . 
Friends ? Just a few . Yang lain, mereka cuma kenal nama aku . Aku tak kisah nak judge aku sombong tapi sebar benda tak betul pasal aku, tu dah melampau . 
"Hey, kau tahu manusia ni sifat dia judgemental . Kalau first time dia pandang kau dan letak first impression dekat kau, tu natural . Tapi kalau berkenaan dengan apa yang dia fikir lepas tu, baru dikira judging . Entah . Seriously people kat sini love to judge . Ignore them . Sebab seriously kau explain macam mana pun diorang akan judge and putar belit apa yang kau explain tu lagi ." 
Aku hanya diam mendengar pandangan dia . Otak masih memproses setiap bait kata-katanya . 
"Tapi sampai bila ?" 
Dia hanya menggeleng . 
"Just walk and ignore them and you will be just fine .Trust me . He'll help you along the way ." 
Betul lah tu . Sebab manusia tak akan berhenti menjadi hakim yang tak diiktiraf tarafnya . Mulut manusia bukan boleh tutup . Lagipun, kenapa perlu fikir apa mereka kata tentang kita . 
His judgment is my only priority .

Labels:


written: Monday, 26 January 2015 @ 09:10 ✿
4 comment[s]






Sejuk mencengkam dirinya yang kebasahan . Baju pagoda bercorak abstrak karyanya sudah hilang rupa . Diraup kasar rambutnya yang terjuntai menghalang pandangannya ke belakang . Argh .Tercungap-cungap dia bernafas . Namun kaki tidak boleh berhenti berlari . Ya . Lari . Dia tiada masa . Tiada masa walau sesaat untuk menyeka air yang mengalir laju membasahi wajah dan perlahan-lahan mengaburi pandangannya .

Petir dan kilat bagaikan bertengkar di kaki langit . Hujan bagaikan berlumba-lumba membersihkan kekotoran di muka bumi . Tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti . Gelap langit malam itu . Hitam . Pekat .

Hatinya menjerit menyumpah kebodohan diri yang membawa anak patung tersebut malam itu . Kenapa malam ni ? Sekilas dia menoleh ke belakang . Dia hanya nampak kereta-kereta buruk yang diparkir di lorong gelap ini . Lorong yang dindingnya dipenuhi grafiti remaja yang berkarya sesedap rasa . Lorong yang malam biasanya meriah dengan anak-anak hisap gam dan ganja melampiaskan nafsu . Lorong yang malam biasanya menjadi saksi warna sebenar syaitan yang bertopengkan manusia .

Tapi malam ini berbeza . Malam ini sunyi . Hanya ada dia . Berlari . Dan terus berlari meredah kepekatan malam diiringi air hujan yang semakin lebat .

* * * * *

Diludah sedikit darah yang terasa di mulut . Mata merenung tajam muka penjenayah yang suka hati tumbuk muka aku . Heh . Muka aku ni ada rupa macam punching bag ke suka hati kau je nak main nak tumbuk . Dah lah salam apa tak bagi .

Cad disebelah dah tarik lengan baju . Aku tau dia dah lama meluat tengok mamat ni kes dia usung Lisa, adik perempuan Cad merata tempoh hari . Tu pon nasib baik geng Acap lapor . Hari ni dia bawak geng la pulak alahai nak tunjuk brotherhood dekat bakal abang ipar ke dik .

"Weyh Mir, kau tak rasa ke mamat tak guna ni patut kita bagi pengajaran sikit ."

Aku hanya sengih mengejek . Tali leher seragam sekolah aku tanggalkan daripada leher . Macam biasa aku bukan jenis manusia yang suka pakai mulut nak selesaikan benda remeh macam ni . Dan aku tahu Cad faham bila dia dah berlari serang mamat tu pakai bat kegemaran dia .


* * * * *

Petang itu dia balik daripada tadika seperti biasa . Wajahnya ceria kerana hari tersebut merupakan hari lahirnya yang keenam . Dia berlari-lari anak, tidak sabar untuk bertemu ibunya .

Orang-orang disekeliling memandangnya dengan pandangan sayu . Ada juga dengan pandangan mengejek . Dia biarkan sahaja tohmahan orang ramai terhadap ibunya . Mereka kata ibu perempuan jahat . Mereka kata ibu kotor . Pada pandanganya ibu baik . Ibu yang menjaga makan minumnya . Ibu yang menghantarnya ke tadika . Ibu tidak meninggalkannya sekurang-kurangnya . Ayah ? Dia tiada ayah . Pernah ditanya pada ibu tetapi ibu hanya diam . Jadi dia berhenti bertanya .

Sebaik sahaja pintu rumah terbuka, dia lihat keadaan rumah kecil itu agak berlainan daripada biasa . Bersepah . Ibunya seorang yang pembersih bagaimana boleh jadi begini getus hati kecilnya .

"Mama?"

Dia tersenyum melihat ibunya yang tidur lena diatas katil . Segera dia memeluk tubuh kaku itu . Tertawa girang dia bercerita perihal rakan-rakan yang menyanyikan lagu ulangtahun kelahiran untuknya di tadika . Perihal gurunya yang baik hati membelikannya kek hari lahir . Ibunya masih tidak bergerak memberikan respons . Dia hanya merenung pil-pil putih bertaburan di atas lantai bilik itu .

Namun air matanya akhirnya tumpah . Senyumannya pudar . Walaupun dia masih kecil dia tidak terlalu bodoh untuk menerima hakikat bahawa ibunya sudah tiada . Ibunya kini meninggalkan dia .

Dia keseorangan .


* * * *

"Kau pernah rasa nak berhenti tak Cad?"

"Tak lagi kot . Income besar kot buat kerja macam ni . Lagipon boleh usha awek chinesse sekali . Aku tengok Cindy macam berminat dengan kau ."

Cad tersengih dengan mengangkat kening doublejerk .

"Ahah . Serious ah ."

"Entah . Kadang ada jugak aku fikir . Tapi biar lah . Hidup lama-lama pon buat ape . Hidup macam ni lah best . Thrill . Setiap hari ada kemungkinan nak mati ."

Berderau darah apabila Cad sebut pasal tu . Hanya mampu menggeleng merenung Cad yang tengah bersihkan darah di sikunya akibat 'perlawanan abang-adik ipar' tadi . Aku yakin mamat tu dah tak berani nak usik adik budak ni kalau dia rasa dia nak hidup lama lagi . Seusai mengikat rambutnya yang dah macam leonardo de caprio dengan getah sayur, dia menarik gitar kapok Cad .

Betul lah tu . Kalau ikutkan sekarang pon diorang boleh mati . Ahah . Mati je kan . Biasa lah tu .Mati itu pasti lagipon, kau bukan boleh lari . Cuma entah kenapa dia rasa hati dia tak sedap .

"So malam ni on?"

Cad hanya mengangguk .


* * * * *

Kaki aku menggeletar . Basah kasut dengan cecair pekat yang mengalir di lantai .

"Macam mana anjing tu boleh tangkap kita punya olang . Lu olang kerja macam mana ?!"

Diam . Tiada siapa yang mampu mengangkat kepala . Jika situasi berterusan begini tiada siapa yang bakal terselamat . Siapa salah dia terpaksa menerima balasan . Tu kontrak kami disini sebelum mula bekerja . Dan kami akur dan taat .

"Hey kamu . Sini ."

Cad akur . Perlahan dia melangkah . Dia hanya memandang ku sekilas dengam senyuman pahit di bibir . Aku tertunduk . Tak mampu membalas senyuman kerana aku tahu itu yang terakhir daripadanya .

"Maafkan aku Cad ."

Bang . Aku cuba memekakkan telinga daripada bunyi yang menarik nyawa kawan aku sendiri . Mata masih melekat di kaki . Cecair merah mengalir lagi . Tak sanggup aku mengangkat kepala menyaksikan sendiri bagaiman kepala kawan aku bersepai

Kami tahu hari macam ni mesti tiba . Tapi entah jiwa remaja membuatkan kami tidak takut mencuba . Mungkin hari ini hari dia . Esok mungkin aku . Entah . Tak siapa tahu .

Nyawa manusia itu terlalu rapuh .


* * * * *

Aku berhenti berlari . Tangan segera menggapai anak patung di dalam poket seluar . Di koyak anak patung kecil itu . Mengeluarkan isi dalamnya . Serbuk putih bertaburan di atas jalan tar . Aku kena hapuskan bukti cepat getus hati kecilku . Anak patung tersebut kucampak di bahu jalan .

Dengan nafas yang masih tecungap-cungap, aku teruskan pelarianku . Aku tidak boleh ditangkap oleh mereka yang beruniform biru hitam . Tidak . Aku tidak akan benarkan .

Penat dan pandangan yang agak kabur disebabkan hujan yang amat lebat menyukarkan aku melihat . Dan akhirnya aku tersungkur di tengah-tengah jalan .

Bunyi hon kenderaan yang amat kuat aku abaikan . Aku dah penat dengan kehidupanku . Mungkin ini tanda titik noktah untuk cerita aku . Aku menutup mata . Menunggu kenderaan tersebut menghentam tubuhku .

Aku dapat rasakan betapa tulang aku remuk dilanggar kenderaan tersebut . Cecair pekat mengalir daripada kepalaku . Aku sudah tidak dapat merasakan tangan kiriku . Mungkin sudah patah . Jeritan pemandu wanita kenderaan tersebut dapat kudengar namun tidak kuendah .

Aku tidak pernah merasakan kesakitan yang amat sebegini rupa . Lebih sakit daripada rasa torehan pisau di tanganku yang membuatkan aku hampir dikejarkan ke hospital . Lebih sakit daripada retakan yang aku dapat akibat terjun daripada tingkat 4 flat kediamanku . Ya . Banyak kali juga aku cuba menarik nyawaku sendiri . Tapi entah kenapa rohku enggan meninggalkan jasad kotor ini . Tapi kali ini aku pasti, inilah pengakhiran bagi seorang Amir .

Cad sakit macam ni ke kau rasa hari tu ?

Akhirnya tubuhku jatuh menyembah bumi . Dan segalanya gelap .


* * * * *

"Saif termenung apa tu, sayang ?"

Pandangan segera menangkap kelibat perempuan yang sudah separuh abad di hadapanku . Namun senyuman yang sentiasa menghiasi wajahnya membuatkan dia nampak lebih muda daripada usia . Dulang yang ditatangnya diletakkan di hadapanku . Aroma air kopi panas memenuhi ruang tamu .

"Tiada apa ummi ."

Mata kembali ditala keluar tingkap . Memerhatikan titisan air hujan laju membasahi tanah . Kilat dan guruh sabung-menyabung di kaki langit mungkin ingin menunjukkan siapa yang lagi hebat . Tapi masih tidak dapat menandingi kekuatan Dia . Hatinya beristighfar .

Setahun yang lalu dia muncul dalam rumah mewah ini . Tanpa memori daripada masa silamnya . Namanya sendiri pon dia tidak tahu . Ummi dan abah yang membawanya ke mari dan dijaganya bagai anak sendiri . Fikrah bersih yang dibawa oleh ummi dan abah membuatkan dia rasa tenang . Namun kadangkala hatinya terdetik untuk mengetahui siapakah dirinya yang dahulu . Namun, tiap kali dia cuba mengingatinya, kepalanya akan sakit . Jadi dia biasanya akan mebiarkan sahaja persoalan itu tergantung . Mesti ada hikmah disebaliknya .

Getaran daripada telefon bimbitnya mebuatkan dia tersedar ke dunia realiti . Tangan segera mencapai gajet tersebut .

'Sudah hampir maghrib . Bersiap . Kejap lagi kita ke masjid bersama .'

Ringkas pesanan abah . Mungkin dia sudah bergerak pulang daripada tempat kerja . Bingkas dia bangun menuju ke bilik mandi bagi mempersiapkan diri .


* * * * *





Dah the end . Uhuk first debut buat cerita macam ni . Maaf imaginasi tak cukup eheh . /Any good recomendation for bengkel penulisan kreatif ?/ Ya, serbuk putih dalam anak patung tu dadah dan Saif tu Amir harap maklum . Agak cliche bukankan ?

So sebenarnya cerita ni 'punishment' for me yang sehari suntuk layan Boys Over Flower /ahah buruknya perangai maaf saya khilaf/ I cant resist the temptation entah berapa kali ulang tengok . Character of a Gu Jun Pyo is seriously gila tak logik tak boleh diterima akal sebab he is too good looking and perfect mana ada orang macam tu wujud /entah ada kot/. But hardcore fan of Lee Min Ho dies hard kan ? Next time ulang tengok City Hunter pulak . Then The Heirs . /ahah abaikan budak tak matang ni/ Sekali sekala takpe lah kot .

So tadaa ~ A little productive of me for the day sebelum tidur .


May Allah bless .



Labels:


written: Sunday, 4 January 2015 @ 06:52 ✿
0 comment[s]





Dia menangis keseorangan di sudut bilik . Bukan tiada sesiapa yang mendengarnya tetapi dia yang meminta untuk dibiarkan sendirian .
Pandangan matanya kosong . Sebenarnya dia penat . Penat berlawan dengan diri sendiri .

Entah kenapa sejak kebelakangan ini hatinya menjerit, menyalahkan Yang Maha Esa kenapa dia diberikan ujian sebegitu berat sekali . Kenapa di usia muda sebegini, saat rakan yang lain sudah mula menyiapkan lesen memandu, bekerja dan dah ada yang sudah mula menyambung pelajaran, dia hanya mampu memandang .

Dia pula setiap pergerakannya ada batasan . Terlebih aktif, tekaknya mula loya , terlalu banyak bergerak, dia akan muntah . Matanya memandang sayu kesan-kesan parut jarum suntikan di tangannya . Nafas berat dihela .

Hatinya menjerit bilakah segalanya akan berakhir . Dia penat . Esakannya bertambah kuat .

Bahunya ditepuk perlahan . Perlahan-perlahan mukanya diangkat .

Dan(ingatlah kisah) Ayub ketika dia berdoa kepada Tuhannya "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit, Dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua yang penyayang ." [21:83]

Terjemahan ayat daripada surah Al-Anbiyaa' dibaca perlahan . Dia mengerut dahinya tidak mengerti.

"Awak. ingat lagi kisah nabi Ayub ? Seorang nabi yang masyaAllah berat dugaanya . Dia ditimpa penyakit yang amat mengerikan sehingga tiada siapa mahu mendekatinya . Isterinya juga akhirnya meninggalkannya sendirian menanggung derita ."

Dia terjeda . Air matanya dikesat perlahan .

"Tapi kan awak, Nabi Ayub kuat . Dia berdoa kepada Allah tanpa penat jemu . Dia yakin bahawa Allah itu Ar-Rahim, Yang Maha Penyayang . Dan akhirnya Allah memperkenankan doanya, menyembuhkan penyakitnya dan mengurniakan keluarga dan hartanya ."

Dia terdiam . Teringat terjemahan ayat yang seterusnya.

Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta kami kurniakan kepadanya keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik) . [21:84]

Terasa hati yang tadi kering disimbahi air dingin yang menyegarkan .

"Astaghfirullah ." Mukanya diraup . Entah dia rasa lebih lega . Lega apabila dia teringat Allah itu maha Penyayang . Allah tidak akan sesekali menguji hambaNya, kecuali perkara yang hambaNya itu mampu menanggungnnya sahaja .

Manusia yang berdiri di hadapannya tersenyum indah .

"Dah . Jangan nangis macam ni . Kau kena kuat . Aku kan ada ."

Segera dia menyambut tangan yang dihulur . Dipeluk erat sahabatnya itu .

"Uhibbukifillah sahabat . Uhibbukifillah ."


Labels: