Aku mintak maaf . Aku tahu dah lama sangat aku tak buka blog . Update apatah lagi . And entah ini maaf yang ke berapa kali .
Ada lagi yang masih membaca ? Terima kasih.
Aku cuba cari masa untuk menulis . Aku banyak menulis di instagram kerana lebih mudah . @fdhlinfrhnh (ak bukan nak promote tapi kalau nak follow okay jugak hahah) .
So harini aku belanja masterpiece aku .
Ni hikayat yang aku tulis masa umur 15 .
Umur berhingus . Umur kena bash dengan cikgu tapi aku buat takkisah . Umur kena bebel dengan ustazah . Kena tazkirah dengan akak senior tak payah cerita . (maaf dan terima kasih) Hahah . Umur yang jadi titik tolak hidup aku . No I dont need a rewind button cz it take lots of tears to be who I am now.
Dark side aku biarlah aku simpan elok-elok dalam almari tu .
Move on. Infiru.
So yes . Enjoy ;)
Al-kisah, tersebutlah sebuah kota yang berdiam di tingkat 3 di bawah lindungan kerajaan
Bukit Rangin atau lebih dikenali di hati rakyatnya sebagai BRASS . Adapun sudah
hampir tiga tahun berdiam di tingkat 3 , tidak pernah sekalipun berpindah ke
tingkat lain akan kota itu . Hatta bergembiralah sekalian rakyat tiada terkira
dek kerana turunnya berat badan mereka pabila setiap hari mereka mendaki tangga
hingga ke kota kesayangan mereka . Maka dikurnia nama kota ini cendekia dek
kerana cendekianya rakyat yang menghuninya .
Adapun kota Cendekia ini diperintah oleh secantik-cantik dan
selembut-lembut guru . Amanlah kota ini tatkala Cikgu Nor Azmah berdemokrasi
lalu sekalian rakyat jatuh kasih dan sayang kepada ia . Arakian bercelotehlah
ia, bersungguh-sungguh mencurahkan ilmu sains, tidak pernah terkurang sedikit
pon . Begitulah juga keadaannya tatkala Ustazah Yusnita dan Teacher Rosaliza
memegang tampuk kepimpinan di kota ini pada satu masa dahulu .
Hatta, Aminul dan Diyana berkuasa tatkala tiadanya guru di kota ini .
Sedang mereka berdua sibuk , sayup-sayup suara Atiqah , tukang pungut cukai
kota Cendekia ini, memaksa sekalian rakyat membayar cukai mereka yang
tertunggak . Tidaklah ia suka akan tugasnya yang dahulunya dilakukan oleh Akma
, bangsawan berwajah suci yang telah berhijrah ke Segamat, Johor tatkala
sekalian rakyat sibuk bersiap untuk menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah
(PMR) .
Syahadan Faisal, bangsawan yang amatlah diminati dan disayangi sekalian
pelusok kerajaan Bukit Rangin dek kerana kewibawaannya sebagai laksamana
kerajaan ini bersahabat baik dengan seorang laksamana yang ketinggiannya
amatlah mengkagumkan, Aiedil si lidi panjang bak KLCC . Adapun Ilyas itu
kerenahnya tiadalah banyak sedangkan Alif itu asyiklah termenung . Entah apa difikirannya
itu tidaklah diketahui oleh sekalian rakyat .
Arakian, Syamil dan Laksamana Ahmad itu amatlah rapat hubungannya, tidak
sesekali mereka berenggang terlalu lama . Adapun Najmi itu banyak celotehnya,
kulitnya yang amatlah putih dan wajah iras-iras Mr Bean meredakan kemarahan
setiap penghuni kota ini pabila terpaksa melayan kerenah yang seorang ini .
Sebaik sahaja guru melangkah keluar,
Syuib , Hidayat, Firdaus, Syukri, Laksamana Khairul (dulunya sahaja
kerana kini dia sudah berhijrah ke Sabah) dan Najmuddin sibuklah akan mereka
itu akan urusan masing-masing . Tanpa mereka, tiadalah kehuruharaan di kota ini
.
Maka diceritakan pula kisah puteri-puteri di kota ini . Adapun terdapat
sehingga tiga orang ‘Aina’ di kota ini ( Aina Mardhiah, Laksamana Ainaa Amirah,
Aina Naailah ) tidaklah pernah sekali mereka keliru akan nama mereka lain benar
dengan Laksama Amirah dan Laksamana Farhana , kembar tidak seibu dan tidak pula
sebapa yang menjadi kekeliruan akan seluruh alam . Adapun Jannah itu pengembara
yang baru beberapa bulan menetap di kota Cendekia ini , diam-diamnya ubi berisi
.
Hatta tersebutlah kisah dua sahabat karib ( Rabi’ah dan Syakirah ) yang
sentiasa dilihat bersama. Rabi’ah sentiasa dilihat bersama Sketch Book yang
penuh dengan rahsia lain pula sifatnya dengan Syakira yang tiada Sketch Book
dan sentiasa ceria . Adapun Shahira itu sangatlah terror BI-nya, kefanatikannya
amat terserlah . Sekalian rakyat sudah sedia maklum yang teramatlah sukacita
oleh Shahira akan artis kelahiran American Idol, David Archuleta .
Sekarang tibalah kisah Khairein, laksamana yang amatlah lembut sifatnya
amatlah berbeza dengan Laksamana Iffah yang amatlah nyaring bicaranya
sehinggakan sekalian rakyat jatuh sakit
setiap kali mendengar celotehnya . Hatta Laksamana Rabiatul ‘Adawiyah
juga amatlah sukacita sekali ketika berceloteh dan melontarkan segala idea yang
ada dalam kepalanya dalam setiap acara debat .
Adapun Laksamana Adila itu suka menganggu ketenteraman orang lain ,
namun apabila dia tegas , takutlah akan setiap rakyat di kerajaan Bukit Rangin
. Hatta, begitulah juga kisahnya dengan Laksamana Fadhlin . Bingung sekalian
rakyat apabila sifat nakal Laksamana Fadhlin semakin menjadi-jadi selepas Laksamana
Athirah berangkat ke Kota Kinabalu, Sabah .
Tiadalah kami pasti akan penghujungnya .
Tahun hadapan, rakyat kota ini akan pergi membawa diri ke aliran yang
diimpikan . Namun, kota Cendekia ini akan tetap gah dalam hati dan sanubari
penghuni kota ini bersama-sama kenangan pahit manis yang telah hampir tiga tahun
diukir bersama.
Kata sahibul cerihik, kepada golongan Cendekia, andai terguris hati dan
perasaan, sepuluh jari disusun memohon kemaafan .
Ada yang masih membaca ?
Terima kasih .
Lots of love, fadhlin, the one who still trying her hard with her study and final 32 days more . Bismillah .
Labels: cerpen
Post a Comment