F I C T I O N

R E V I E W

T U T O

S Z E N I T H
FOLLOW


"So what if this worldly dunya full of obstacles . It's not even Jannah .”
- N

"Everyone grows as long as they live with time . But only some of them learn from it ."
- Hlovate
"Hidup ni kena pakai neraca Tuhan, hukum Tuhan . Bukan neraca dan hukum manusia ."
- Hlovate
Welcome!

Fadhlin. 18.
Growing and changing are parts of life .
*will update once a week*

written: Wednesday, 8 April 2015 @ 00:14 ✿
1 comment[s]





"Will it reach you ?" -Shigatsu wa kimi no uso



Beberapa tahun sebelum..

Dia memerhati setiap ruang kafe . Pandangannya kosong . Kei meraup muka dengan tapak tangan . Bosan menunggu dia yang pergi memesan minuman mereka di kaunter .
Kafe berkonsepkan santai dengan menyediakan kopi sebagai tarikan utama itu masih dipenuhi anak-anak muda walaupun jam hampir menunjukkan pukul 7 petang  . Termasuklah dia .

"Hoi ! Berangan ."

Kei tersentap daripada lamunannya . Aroma latte kegemarannya membuatkan dia mengoyak senyuman . Lee dah buat muka .

"Kau ni dua tiga hari ni aku nampak macam lain macam je . Time jamming pon macam tak de mood ."

Tangan menolak drumstick yang diletakkan di atas meja ke tepi . Segera dihirup perlahan latte yang masih berasap . Soalan tadi dibiarkan tidak berjawab .

"Entah . Mungkin aku bosan ." Bosan dengan jamming . Bosan dengan konsert . Bosan dengan apa yang aku buat selama ni.

Bosan dengan hidup aku yang kosong . Bosan dengan hidup aku yang tak bermatlamat .


Beberapa tahun selepas..

Dia memerhati setiap ruang kafe . Cuma kali ini pandangannya tidak lagi kosong . Dia tersenyum .

Kafe tempat mereka melepak masih sama seperti dulu .

"Weyh Lee . Kau ingat kafe ni ?"

Dia yang berada di skrin tab hanya tersenyum .

"Kau rindu aku eh ?"

"Haha . Tak . Kau dah baca dah ?"

Senyuman dia sedikit pudar .

"Yeah . Turning point kita stop writing . Erm ."

Air liur yang ditelan terasa kesat . Beberapa tahun lepas, terbaca retweet dari budak tomato . Dia skater . And he is my eye opener .

Penulisan dia buat aku rasa benda baik tu mudah sangat nak buat .

Dulu betul aku alergik tengok orang pakai kopiah, pakai serban . Menyampah kot . Sebab aku pernah kena herdik menggunakan dalil-dalil yang aku ingat pernah baca dalam buku teks Pendidikan Islam dengan senior serumah dengan aku sebab aku pergi jamming . Sebab tu memang aku trauma dengan 'dakwah tarbiyah' .

Tapi dengan penulisan budak tomato, aku rasa seronok . Aku rasa nak cuba buat benda baik . Perlahan-lahan hati aku yang rasa kosong terisi . Lepas tu, aku ajak Lee sekali .

"Hmm . Tapi kan sampai bila hidup nak bergantung dengan orang kan ?"

Lee tersenyum .

"Haha . Erm nanti malam kita continue sesi mengeratkan silaturahim ok ! Aku nak kena pegi Malaysian Hall ni ."

Skrin tab bertukar gelap . Lee is logged out .

Kei menarik nafas . Kaki melangkah keluar daripada kafe . Petang ni ada usrah di taman . Dia tersenyum .

"Ye lah . Sampai bila nak bergantung dengan orang ."


Done . So ada dua perkara yang nak disampaikan dalam cerpen saya . Erm erm .

Tersurat : 

My feelings dedicated to a one of the legends dalam penulisan yang santai awesome (my cup of tea la habis cerita) who is budak tomato yang currently stop writing (i hope just for a while) . Erm erm . I pray dia tak stop berdakwah, menyampaikan in his/her own unique way in real life . Sebab jalan dakwah ni kan panjang . 

And not always rainbow and butterflies la la la .

Tersirat : 

How your sincere act reach people . Sometimes random people . Kadang rasa down jugak bila you do something with all your heart then people around you macam buat tak tau tapi kadang kita tak perasan benda tu sampai dekat orang yang kita tak sangka 

(haha . sebenarnya ni berlaku banyak kali pada aku sebab aku ignorant tahap ape entah . I've tried my best to care about my surrounding but eheh failed ? It is just so me .) 

So yeah just do what you love selagi benda tu baik and Allah suka sebab dakwah is in lots of forms you know ? Bukan setakat giving talks and writing je ok ! 

May Allah bless then !














Labels: ,

Blogger Joe Roslan said...

kekadang ada jgak rasa down tetibe.iyelahh,penat2 kita bwt btul2,org tk reti nk pndang.pndang bad side kita je slalunya.ohh,sy suka entry aiman albanna :DD

 

Post a Comment